Ahad, 22 April 2012

TEAM GIMNASTIK PELAPIS KE SPORT EXCEL DI BUKIT JALIL

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM USAHA UNTUK MENAIK TARAF TEAM ATLIT GIMNASTIK PELAPIS TERENGGANU DAN JUGA TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT DENGAN USAHA UNTUK MENGHANTAR TEAM GIMNASTIK TERENGGANU KE PERTANDINGAN SPORT EXCEL DI BUKIT JALIL YANG BERLANGSUNG DARI 21HB. APRIL HINGGA 22HB. APRIL. 2012 DI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR.
KELAB IBU BAPA GIMNASTIK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YB ALIAS ABDULLAH ATAS SOKONGAN SERTA BANTUAN BELIAU DAN PIHAK TERTINGGI MSN TERENGGANU UNTUK TEAM PELAPIS GIMNASTIK MENYERTAI KEJOHANAN SPORT EXCEL DI BUKIT JALIL WALAUPUN DI SAAT-SAAT TERAKHIR...
ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN APA YANG DIRANCANG WALAUPUN MASALAH YANG DIHADAPI.

MASALAH SEMASA PERJALANAN KE BUKIT JALIL KUALA LUMPUR
BERLAKU DALAM LEBIH KURANG PUKUL 3 PETANG PADA 20HB. APRIL 2012
ANTARA SUSUR KELUAR KE MARAN DAN SUSUR KELUAR CHENOR































Ahad, 8 April 2012

ORANG PECAH AMANAH DILAKNAT ALLAH

MAKSUD SABDA RASULULLAH SAW....

"TIDAK SEMPURNA IMAN BARANGSIAPA YANG TIDAK AMANAH DAN TIDAK SEMPURNA AGAMA BARANGSIAPA YANG TIDAK MENUNAIKAN JANJI"
(Hadith Riwayat Ahmad)

  • SIFAT AMANAH ADALAH PRASYARAT DALAM MENILAI KEIMANAN SESEORANG. ORANG YANG PECAH AMANAH DAN TIDAK MELAKSANAKAN APA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN SERTA MENYELEWENG ADALAH SALAH SATU DARIPADA TIGA SIFAT ORANG-ORANG MUNAFIK IAITU APABILA DIBERIKAN SESUATU AMANAH, DIA KHIANATI.
  • AMANAH ADALAH SIFAT TERPUJI YANG MESTI WUJUD DALAM DIRI SETIAP MANUSIA PADA ASASNYA DAN IA MESTI DIAMALKAN PADA SETIAP SAAT DIMANA SAHAJA KITA BERADA TERUTAMANYA DALAM MENJALANKAN AMANAH DI PEJABAT, APATAH LAGI KITA MENDAPAT HASIL ATAU GAJI DARIPADA APA YANG DIKERJAKAN.
  • MAKSUD SABDA RASULULLAH S.A.W: "EMPAT PERKARA SEKIRANYA KAMU MEMILIKINYA KAMU TIDAK AKAN DITIMPA(BALASAN) TERHADAP APA YANG KAMU TIDAK BUAT DI DUNIA: JAGA AMANAH, BERCAKAP BENAR, BERAKHLAK BAIK DAN MENGAWAL PEMAKANAN(HALAL DAN HARAM)
  • KITA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP ORANG AKAN DISOAL MENGENAI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKULNYA PADA HARI PERHITUNGAN NANTI SEBAGAIMANA MAKSUD FIRMAN ALLAH DALAM AYAT 38 SURAH AL-MUDDATHIR BAHAWA SETIAP YANG DILAKUKAN DAN TIADA SIAPA YANG DAPAT LARI DI HADAPAN ALLAH NANTI.
  • ALLAH TELAH MENJANJIKAN BALASAN DAN AZAB YANG DAHSYAT BAGI ORANG YANG PECAH AMANAH, DAN TIADA SIAPA PUN YANG DAPAT LARI ATAS SETIAP KEJAHATAN YANG DILAKUKAN SAMA ADA DI DUNIA ATAU PUN AKHIRAT.
  • "DAN TIADALAH PATUT BAGI SESEORANG NABI ITU (DISANGKAKAN) BERKHIANAT (MENGGELAPKAN HARTA RAMPASAN PERANG), DAN SESIAPA YANG BERKHIANAT (MENGGELAPKAN SESUATU), IA AKAN BAWA BERSAMA PADA HARI KIAMAT KELAK APA YANG DIKHIANATINYA ITU; KEMUDIAN TIAP-TIAP SEORANG AKAN DISEMPURNAKAN (BALASAN BAGI) APA YANG TELAH DIUSAHAKAN, SEDANG MEREKA TIDAK AKAN DIKURANGKAN SEDIKIT PUN (BALASANNYA)"
          (Surah Ali Imran:161)

  • OLEH ITU, KITA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH HARUSLAH SENTIASA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN DIRI ORANG LAIN TENTANG KEPENTINGAN MENJAGA AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN. DI SISI KANAN DAN KIRI KITA SENTIASA ADA MALAIKAT YANG SETIA MEMERHATIKAN AMALAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN KITA TANPA LEKA SEBAGAI BUKTI AMALAN KITA DI HADAPAN ALLAH NANTI. DI SAMPING ITU, ALLAH JUGA SENTIASA MEMERHATIKAN KITA SETIAP MASA.


GIMNAS TERENGGANU KE MSSM JOHOR 2011

GIMNAS TERENGGANU KE MSSM JOHOR 2011
Atlit Gimnastik Terengganu