"TIDAK SEMPURNA IMAN BARANGSIAPA YANG TIDAK AMANAH DAN TIDAK SEMPURNA AGAMA BARANGSIAPA YANG TIDAK MENUNAIKAN JANJI"
(Hadith Riwayat Ahmad)
- SIFAT AMANAH ADALAH PRASYARAT DALAM MENILAI KEIMANAN SESEORANG. ORANG YANG PECAH AMANAH DAN TIDAK MELAKSANAKAN APA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN SERTA MENYELEWENG ADALAH SALAH SATU DARIPADA TIGA SIFAT ORANG-ORANG MUNAFIK IAITU APABILA DIBERIKAN SESUATU AMANAH, DIA KHIANATI.
- AMANAH ADALAH SIFAT TERPUJI YANG MESTI WUJUD DALAM DIRI SETIAP MANUSIA PADA ASASNYA DAN IA MESTI DIAMALKAN PADA SETIAP SAAT DIMANA SAHAJA KITA BERADA TERUTAMANYA DALAM MENJALANKAN AMANAH DI PEJABAT, APATAH LAGI KITA MENDAPAT HASIL ATAU GAJI DARIPADA APA YANG DIKERJAKAN.
- MAKSUD SABDA RASULULLAH S.A.W: "EMPAT PERKARA SEKIRANYA KAMU MEMILIKINYA KAMU TIDAK AKAN DITIMPA(BALASAN) TERHADAP APA YANG KAMU TIDAK BUAT DI DUNIA: JAGA AMANAH, BERCAKAP BENAR, BERAKHLAK BAIK DAN MENGAWAL PEMAKANAN(HALAL DAN HARAM)
- KITA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP ORANG AKAN DISOAL MENGENAI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKULNYA PADA HARI PERHITUNGAN NANTI SEBAGAIMANA MAKSUD FIRMAN ALLAH DALAM AYAT 38 SURAH AL-MUDDATHIR BAHAWA SETIAP YANG DILAKUKAN DAN TIADA SIAPA YANG DAPAT LARI DI HADAPAN ALLAH NANTI.
- ALLAH TELAH MENJANJIKAN BALASAN DAN AZAB YANG DAHSYAT BAGI ORANG YANG PECAH AMANAH, DAN TIADA SIAPA PUN YANG DAPAT LARI ATAS SETIAP KEJAHATAN YANG DILAKUKAN SAMA ADA DI DUNIA ATAU PUN AKHIRAT.
- "DAN TIADALAH PATUT BAGI SESEORANG NABI ITU (DISANGKAKAN) BERKHIANAT (MENGGELAPKAN HARTA RAMPASAN PERANG), DAN SESIAPA YANG BERKHIANAT (MENGGELAPKAN SESUATU), IA AKAN BAWA BERSAMA PADA HARI KIAMAT KELAK APA YANG DIKHIANATINYA ITU; KEMUDIAN TIAP-TIAP SEORANG AKAN DISEMPURNAKAN (BALASAN BAGI) APA YANG TELAH DIUSAHAKAN, SEDANG MEREKA TIDAK AKAN DIKURANGKAN SEDIKIT PUN (BALASANNYA)"
(Surah Ali Imran:161)
- OLEH ITU, KITA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH HARUSLAH SENTIASA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN DIRI ORANG LAIN TENTANG KEPENTINGAN MENJAGA AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN. DI SISI KANAN DAN KIRI KITA SENTIASA ADA MALAIKAT YANG SETIA MEMERHATIKAN AMALAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN KITA TANPA LEKA SEBAGAI BUKTI AMALAN KITA DI HADAPAN ALLAH NANTI. DI SAMPING ITU, ALLAH JUGA SENTIASA MEMERHATIKAN KITA SETIAP MASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan